Showing posts from 2014Show All

This was a letter that I dedicated to my dad (hoping that he would never read it). Selamat hari lahir. Entah bila kerut dahimu jelas ketara. Yang aku sedar, tiga tahun lepas waktu pertma kli aku benar-benar renung wajahmu,…

Cemburu dengan setiap manusia yang senang-senang begini dan begitu. Lepas tu, ambil langkah ke belakang dan bersyukur dengan apa yang ada. Semuanya dah perfect. Entah apa lagi sebenarnya. Soal kahwin, memang bukan masanya lag…

" We would settle with something (or someone) that we thought we deserve," That quote, somehow had never had a ring to me, up till now. I've always wanted to become a good writer, a good author so that I can …

Bibir enak berkata, Semua pun sampah. Tapi kau yakin, Kau permata tak tergilap. Bintang tak pernah malap.

The Heart Wants What It Wants

I'm not a huge fan of Selena Gomez. I mean, her voice is mediocre, but in this song, you can just feel the raw emotions, being put into the whole lyrical ensemble. It doesn't matter if she can't hit that high note,…

Yang lebih sakit dari rasa cinta yang terputus secara paksa, sampaikan untaian mutiara memori dah terkemana-mana, adalah rasa bertahan pada goyahnya janji itu. Dan bertahan pula seorang diri.

Okay, susahnya nak suruh diri sendiri berhenti menulis (atau berfikir tentang berhenti menulis) untuk sementara.

Kalaulah yang bisa aku lakukan pada hari-hari aku cuma mendokumentasi manusia dengan perasaan mereka yang tersimpan elok kemas dalam balang kaca buat perhiasan. Perasaan itu dengan perasaan-perasaan lainnya akan memakan diri ak…

Denting sudu kecil dengan piring membawa kita pada satu kesenyapan yang membunuh. Kerana kita berdua sudah lebih dari tahu betapa sebelah hati kamu bukan lagi di sini. Dan kesunyian ini wajar diisi dengan kata-kata yang menikam p…

Tangan kecilmu, Aku dekapkan ke bibirku, Cium, perlahan. Bau syurga masih melekat di tubuhmu, Bersalut darah hanyir, Tetap aku cium jemari gebu, Yang dah membiru. Tubuh kecilmu, Aku dekapkan ke dadaku, Biar deg…

Mungkin hari itu kau umpamakan aku selayaknya pari-pari, Kalis sakit, cuma ada cantik, Dan aku pun memainkan watak, tersenyum manis, Dalam mataku ada luka, Tak tertahankan pedih. Aku diamkan,  Sepi, Bisu. Sendu. …

Dari kain batik lusuh kau, aku lihat darah keluar, Dan kau masih kekal diam tersenyum. Sama ada kau menjaja maruah di mana-mana, Atau kau sembunyikan sakit yang ada.

Kita duduk di situ berdua, Dengan narkoba di tanganmu, Dan selipar buruk di kakimu, Aku diam membisu. Cuma pandang dan berkata, " Aku sayang kamu," Sedang narkoba pelahan menyusup masuk ke darah, Meni…

(Buat anak-anak tak sedarah tapi sentiasa bikin senyum melekat di bibir cikgu) Hari ini, dia tanyakan aku seperkara. Bukan persoalan matematik kalkulus yang boleh bikin pusing kepala. Bukan juga persoalan tentang bagaimana man…

" Kenapa sekarang dah tak berhubung?"  Jemari aku ramas-ramas. Berpeluh. Aku tiada jawapan untuk itu. Kalau dulu, setiap hari aku akan dengar gelak tawanya menerusi Skype, atau membaca responsnya yang sarkastik melal…

Adakah malaikat yang datang mendakapku mesra? Membelai rambutku yang hitam berkilat dalam hujan lebat, Mengucup bibirku yang tersedu-sedan menahan esak tangis, Bermain dengan kelopak mataku, kucup lagi bertalu-talu, Dan a…

Meletakkan kau pada tonggak emosi yang berbolak-balik, Sedangkan dirimu juga goyah mencari dahan bergantung teguh tak tercarik. Setiap jeling mata, Setiap tawa manja, Setiap senyum mesra. Seakan bayu yang boleh jadi ribut …

Kepala hampir tunduk mencecah tanah, Kenapa hati masih belum mahu beralah? Kata iman, tiada pampasan lain yang dirindu, Cuma Jannah yang satu. Tapi tetap juga terngiang di telinga, Kenapa aku yang diduga? Sedang …

I was angry. I still am. Just need that closure.

one of those days rasa macam nak back off dari semua tanggungjawab to focus more on my studies and rehat. i need rehat. like seriously need rehat. to the ocd's who'll be annoyed due to the absence of capital letters, th…

" Kalau yang ada tu cuma benci, macam mana kita nak neutralkan perasaan?" " Takkan yang ada cuma benci. Mesti ada terselit sayang di mana-mana," " Tak nampak. Halimunan," " Halimunan …

Untuk sekali ini, jangan kita bicarakan tentang cinta. Mari kita berdiskusi tentang pokok kelapa yang berakar serabut, mencengkam tanah keras kuat. Kemudian tumbang kerana angin yang kencang menggoncang. Kita selam perasa…

Sabar yang cantik itu sabar yang bagaimana? Sama cantik macam mata yang terbentuk bersinar berkerlip? Sama cantik seperti kasih ibu yang tiada tolok banding? Sama cantik seperti jelingan anak dara pada teruna idaman? Sama can…

Gunung, hempap dadaku biar ombaknya tak terasa hebat begini, Biar tenang seketika, tak tergerak jantung berlari detak ritma norma. Nyata kau tak mampu. Kau tak mampu kan letakkan aku dalam satu safe haven tersendiri? Adakan…

Bercinta tapi tak serupa bercinta. Tak ada manisnya kalau setiap hati pun terluka.  Aduh, sayang, kita dah cukup dewasa untuk duduk dan berbincang hati ke hati. Benar-benar kasihkan diri sendiri untuk beritahu orang lain kita s…

Ayat berbunga, cinta bersemi, burung berkicau aku simpan dalam laci. Tapi tak sampai hati rasanya nak meluahkan rasa negatif. Aku sedang duduk dalam kamar tidur dengan buah hati Kejuruteraan Tindakbalas.  Aku harapkan nant…

"Rindu," " Jangan, laki orang tu," " Tahu. Tapi bukan rindu orangnya. Rindu momen tu. Entah bila agaknya boleh rasa yang macam tu. Bangun pagi ada mesej masuk. Sebelum tidur, ada orang ucapkan selamat…

Kalau yang ada pada aku cuma hati aku yang satu ini, dan aku terbogel, telus habis dengan perasaan meleleh-leleh, emosi melimpah -limpah, bersama mata yang bersinar ikhlas, akan tetapkah kau di sisiku? Tanpa topeng, tanpa solekan…

" But thing is, I meant those things. I loved you. A lot. And I wasn't playing with you. But things just... happened. And now we're like this. We can never be who we were before. We can never be 'us'. Do you …

" You, dah suka orang lain?" " What am I supposed to do? Wait on you forever? " " Chill lah, I'm just asking. I bukannya nak suruh you balik dengan I," " You know what? That's your…

Kita dah jadi orang biasa-biasa yang cuma berjumpa sekali-sekala, menampal senyuman plastik di wajah, supaya takkan terlihat keruh atma. Kita dah jadi orang biasa-biasa yang tak bisa jadi diri sendiri kerana dah terlampau banya…

Masa dia dah terhenti, Sedang waktu aku mesti berdetik. Bagaimana mungkin waktu kita bersenggama bertemu bermain mesra? Senyum halus bisu punya dia masih terngiang di cuping telinga, Begitu juga ketawa mengusik yang terpend…

Kalau yang lain mahu jadi bintang-bintang yang membenderangi malam kelam, aku ingin jadi buruj yang menemani derap langkahmu, sayang. Dalam halimunanku, aku memimpin tanganmu, menggenggam erat jemarimu. Biar sendiri itu jadi maks…

Bagaimana seribu rasa bermain di lidah manusia, Berdansa dalam seribu alunan muzik dan nada. Tapi cuma satu yang mahu kau dekatkan dalam dada, Merasa sambil menangis dengan irama mesra, Berkasih dalam rindu yang Dia sentiasa…

Lagu itu masih berputar dalam kepala aku. Masih kekal berpusing ligat. Mungkin kadangkala apabila terdengar Demi Lovato menjerit nyaring, atau suara Joe Jonas bersaing membuatkan aku berputar kembali, menapak ke masa lalu.  Me…

Lain rasanya bila hati bertingkah dengan akal, mohon supaya akal menerima realiti. Lain rasanya bila hati dah putus asa, transmisi neuron pada akal supaya undur diri. Lain rasanya semua itu. Tuhan, ini aku hambaMu paling hina…

Terbedak-bedak berurai, Macam rambut hitam lembut yang terkirai. Hati yang kau mayang halus-halus, Sama merah darah macam sirih yang dah berkacip mencemar bibir, Sirih yang akhirnya bikin pedih lidahmu sendiri, Menolak nadi…

Kita lahir di cakerawala raksasa, Menggantung maruah dan nyawa, Merampas senja yang ringkas, Mencabut senyum tak berbalas, Menggonggong emas di bibir gelap kelam, Mengabai bintang waktu malam. Dengan segala kefasik…

Tak usah berjalan ke Napoli mencari cinta sejati, Bila tak ada yang mampu ganti siapa yang tersembunyi di hati. Bagaimana romantis pun kasih yang terhulur, Tersemai oleh jemari sang lelaki, Yang ada dalam diri kamu cuma dia y…

Kata mereka, bisik-bisik dalam merisik, Nanti ada yang cantas lekas-lekas, Putih mata kau yang galas, Jiwa atma pedih tak beralas. Tapi pada siapa sebenarnya harus aku berbisik? Rindu tak beralun dek bayu tipis, Dah statik…

Salahkah kalau yang jadi mahuku bercanggah dengan mahumu? Semuanya berbalik pada satu titik pertanyaan. Yang mana satu jadi keutamaan? Dan aku duduk bersimpuh, menjeling ke arah matamu yang berkaca-kaca, Tersenyum pali…

Kalau rasa sial itulah yang terasa-rasa setiap kali kau pulang, Usah datang-datang lagi ke teratakku yang usang. Berhenti. Derap langkahmu itu jangan terbunyi lagi. Walau kau datang dengan cinta dan rindu yang menggebu, De…

Kau ajarkan aku bagaimana untuk letakkan senyum pura-pura pada bibir lesu. Bagaimana rasanya hati bertingkah dengan akal yang dah berpendirian jitu. Kau huraikan betapa rindu tak perlu terbau untuk dirasa. Betapa malam kit…

Langkah terkebelakang, Hati mengerang. Hai, sayang, Sakit itu, sudahlah. Biarkan melayang.

Kita jadi tunggangan buroq, Sedang malaikat menangis di tepi jalan, Betapa dia merasakan cintanya dipersia, Tak sampai mengarahkan kita kepada Tuhan. Cinta kita patutnya jadi buroq bertemu ArRahman. Kita bukan malaik…

Dan kita mendeklarasi betapa kita dalam hubungan cinta tulus dengan Tuhan kita yang satu, Betapa segala kata-kata, warkah cinta Dia jadi bukti, Betapa bahu Dia tempat kita bersandar setiap kali perit mengongsi hati, Betapa r…

Bintang tak mungkin terbang, mendarat di ribaanmu, sayangku. Tapi tak mengapa, Matamu yang bundar, tunjukkanlah sinarnya pada dunia, Kerana sayang, kau intan paling berharga, Tak perlu kejora dari cakerawala, Cuma engkau da…

Tiga tahun bersemayam rasa dan nafsu lebih dari akal yang sihat sempurna. Kononnya cinta tapi satu hal apa pun tak terbuka mata. Entah berapa purnama cuma derita yang mengongsi rasa. Meneruskan kehidupan tak sama macam bergerak…

Pracs lagi sejam. Tapi sebenarnya Farah Liyana dah tak larat. Penat. Rasa nak menangis. Rasa nak duduk diam-diam dan tak buat apa-apa. Farah Liyana tak mampu nak kekal tersenyum macam ni. Tak larat nak hukum diri sendiri. Tak lar…

Tak mahu cakap banyak-banyak.  Emosi terbotol. Nah aku jeritkan. Kalau kau nak pergi tinggalkan aku sendiri, pergi. Aku tak kisah. Sakit aku ni biar aku tanggung sendiri.

Ingat rasa nafas pertama manusia? Sakit teramat dalam dada, Tapi tersemat penuh pengharapan ikrar cinta. Perlukah aku ingatkan kau rasa itu? Perlukah aku seret kau balik ke titik satu? Kau bintang pagi yang bersina…

( Buat Yazmin) Dah sampai saat bila hati kau mencari, Satu lagi atma untuk turut ikut menari. Tapi sakitnya tunggu, kejar, buat kau lelah, Sayang, duduk sini, sudah, jangan lagi kau gundah. Nubari yang lekas-lekas kau sem…

Ingat tak waktu umur kita lima? Kita belajar melukis dan mewarna, Mula perlahan-lahan tahu duduk perkara. Ingat tak waktu itu cikgu berbisik, Mewarna jangan sampai keluar garis, Hijau warna daun, perang batang pohon,…

Cantik. Sungguh dia cantik. Tak pernah sekali dia khabarkan yang buruk-buruk tentang yang lain. Setiap kali lelaki lihat dia terus jatuh hati, jatuh cinta. Kemudian dia pun tersenyum lalu pergi. Tak letak luka pada…

Nikah kita nanti kau mahu yang bagaimana? Skirt labuh kembang atau baju kebaya? Biru hijau menyerlah atau warna pic ceria? Tenda biru pekat atau putih bersih tiada cela? Hantaran aku kepadamu ada tujuh atau lima? Mahu jemput…

Pernah tak kau rasa macam nak jahit mulut mereka, Yang selalu memuja wanita, Kononnya semua pun lawa. " Iya, yang giginya sedikit jongang itu tak mengapa, Itulah uniknya si dia," " Iya, yang buncit sedikit i…

Langkah yang terukir sebab kau, Senyuman macam krim manis ini sebab kau, Sakit yang macam diperah-perah ini sebab kau, Cinta yang terpamer sebab kau, Rindu yang berjejer meleleh dari hati ini, hari ke hari. Juga sebab kau. …

Masa kau yang kau bahagi-bahagikan, Untuk dia, dia, dan dia. Harap-harap nampaklah apa yang jadi hasil usaha.

Tiap kali kau tengok cerita fantasi, Ada putera segak, tunjuk gigi kepada puteri, Jangan kata kau tak rasa ada hangat yang menghuni hati. Jauh mana kau kata kau dah berhenti berharap, Takat mana sangatlah kau nak tolak, Ka…

Pintu di depanku. Kasih di balik pintu. Aku cuma nak kata, Aku sayang kamu. Susah ya? Susah ya kamu nak buka pintu?

Mari jujur sama aku, Kau, yang dengan bunga di tanganmu, Mari, mari jujur sama aku. Kau masih cium bunga lain di taman ini kan? Kalau-kalau ada yang lebih cantik, Lebih wangi dari bunga di tanganmu itu. Dan saat k…

Boleh tak bagi aku bekas besar? Aku nak pinjam untuk asingkan ini. Diri aku sendiri.

Kalau aku tulis, susun tinta ini satu persatu, Cantik-cantik, Molek-molek, Letakkan perasaan yang boleh makan diri, Selitkan kasih dan sedih yang perit, Yang isi hati yang lainnya dengan kesal. Kalau aku tulis, tinta…

Cerita ini bukan macam buku-buku yang kau baca. Tak pernah sampai ke titik noktah terakhir. Cerita ini kolaborasi perasaan kau dan aku. Sedihkah? Sakitkah? Indahkah? Maniskah? Aku dah puas perah dakwat tulis bahagian ak…

Kalau-kalau semua kek manis yang dia hadiahkan, Semua panggilan telefon antara kau dan dia, Semua tanda risau terpamer di wajah, Semua insiden yang dia ada, Semua kata-kata, Semua cerita, Semua. Cuma kerana dia cuma berta…

Sudah-sudahlah kata dia curang terhadap kau. Lupakanlah saja. Kata manis dia. Perlakuan kasih dia. Ucapan rindu dia. Lupakanlah semua tu. Macam mana kau lupa ikat janji kau pada Tuhan. Lupakanlah semua tu. Tuhan tetap…

Marah. Lebih senang marah dari sedih dengan situasi. Tapi kecewa ini kau nak letak mana?

Dua malam. Dua siang. Cincin suasa dah berumah di jari manismu.  Mungkin wajar untuk aku pulangkan cincin yang aku beli sendiri sebagai tanda janji aku setia padamu? Tapi pada siapa?

Lili putih kegemaranku di kanannya,  Baju putih beralun bila angin mengombak di tubuhnya,  Lelaki yang pernah kucinta di kirinya.  Selamat berbahagia.

" Tak apa, hari kau nanti pasti tiba," Macam mana kalau hari tu tak tiba? Kalau putera kayangan aku terhenti di mana-mana, Nampak bidadari syurga, Terasa tak perlu lagi naik kuda, Tak perlu pandang depan lagi untu…

Kalau kau lihat hari ini pada 20 tahun akan datang. Kalau kau lihat putus kau. Kalau kau lihat senyum kau, Kalau kau lihat tangis kau. Menangis kah kau? Ketawa kah kau? Mungkin aku patut berhenti sebentar, dan ta…

Kau umpama delima tanpa ion kromium, Umpama kecubung tanpa mangan yang tersepit di celah-celah kimia organik. Jangan kata beza kau cuma ion itu. Jangan. Kau tahu apa duga mereka untuk bersatu dengan yang lainnya?

Awak, Awak ada di situ? Di hujung sepertiga dunia, Pada malam kelam yang patutnya dodoikan awak tidur, Dibalut oleh haba palsu dalam dingin salju. Awak, Masih ada lagikah awak di situ? Sebab saya dah tak larat tunggu.

Anting-anting di cupingmu berdenting, Bila bayu berpuput lembut, Dan tatkala gemersik bisik mereka terdengar hanya oleh kamu. Kau yang menghayun langkah, Pandang depan, tak toleh lagi mana-mana arah, Dan kau yang teras…

Robek, korek, pulas, cubit. Tarik, pijak, ludah, sepak. Daging pejal yang berdegup tiap detik ketika. Ada rasa asing. Rasa yang buat aku menyeringai. Dari daging pejal tersebar rona rasa ke tubir mata, Terasa darah mengan…

Malam tiada bintang. Tak berangin, cuma ada penghawa dingin. Lampu malap, warna jingga menyimbah panorama. Warna jingga yang menutup kelam malam. Dengan mudah kau gerakkan kaki kau. Kanan, kiri, kiri lagi. Dengan setiap h…

Pernah kau fikir apa bakal terjadi kalau masa kau terpotong-potong? Kau simpan dalam balang kaca. Tutup rapat-rapat. Erat-erat. Lepas tu kau bawa ke mana-mana. Cuma buka balang kalau kau perlu masa ekstra. Nescaya balang itu …

Kau tanyakan aku, mahu aku faham, mahu aku ikut satu-satu rasa kau. Kau mahu aku gerak, jalan ikut jalan kau. Kau mahu aku berkata-kata, tapi guna nada dan ayat kau. Sesak aku. Tarik dan tolak. Macam ombak. Dah bosan cu…

Keretapi pemikiran kau, kalau bertemu dengan keretapi pemikiran aku. Tabrakan. Dan banyak nyawa dan akan musnah, sebab pemikiran. Cuma sebab pemikiran. Entahlah sebenarnya aku keliru antara emosi dan pemikiran. Entahlah seb…

Kau kendong sedih aku, Kaut satu-satu, Lempar jauh-jauh. Aku jeritkan sedih kau, Tarik tangan kau, Benamkan kau. Kawan apa aku ni?

Terang sangatkah cahaya sampai perasaan aku terbogel pada mata hati kau? Aku dah cuba senyapkan. Dah cuba diamkan. Dah cuba nantikan. Dah cuba korbankan. Tapi kau nampak kan? Cuma kau memilih untuk bisu. Tetap kekal bis…

Untuk sekali ini, satu minit yang ini, Biarkan aku.  Jangan dengarkan aku. Biar aku menangis sekejap. Sekejap sahaja. Boleh kan?

Kemuncup yang melekat keliling hati kau tu, Biarpun melindungi, tetap menyakiti hati kau kan? Biar aku kutip satu-satu, dengan gemalai, Letak dalam balang kaca dan lepaskan ke sungai, Biar terbawa oleh arus ke laut lepas…

Mari. Mari kita pusing pada saat ini 4 tahun yang lepas. 1.24 pm, baru sudah makan tengah hari bersila di lantai, dengan menu telur dadar goreng dan terung sambal. Bergelak tawa melihatkan Eka yang mengajuk setiap jenis perbu…

Pagi muram. Dia nangis. Aku harapkan aku boleh salurkan kekuatan. Tapi aku sendiri perlukan kekuatan.  Namun buat sekali ini, aku nak peluk kau, dan berikan sepenuh kekuatan aku. Biar aku lembik, bersepai. Quya, …

Pupus. Pupuskan rasa kasih aku terhadap kau. Sekarang. Sekarang juga.

" Aku dulunya perempuan yang suka menyendiri, kerana aku suka masa bersendiri. Waktu yang aku fikirkan tentang kedalaman lautan dugaan, atau ukur keliling atmosfera kehidupan. Kemudian masyarakat datang, dan membawa aku k…

Ruang kosong yang tertinggal di hatimu bakal terisi. Dan aku dengan senyum yang tulus, Kirimkan kado berupa doa seikhlas mungkin. Lohong kosong bergema dalam diri aku yang belum terisi? Usahlah kau pura-pura tanya lagi. Kit…

" Ibu, bagaimana kalau hatiku dah terpaut pada yang itu, Yang matanya jeli bundar, pipinya merah delima, Kasihnya suci, ikhlas tulus menawan," " Ibu, apa katamu?" Menarik bagaimana satu komen empat …

Ini untuk siapa-siapa yang dari sana, baca dan hadam tulisan aku yang kadang ada kadang tidak. Siapa kau?

Rasa itu dah surut. Luka yang membengkak dah tinggal parut. Tapi aku khuatir bukan luka lama yang berdarah, tapi sebab terlampau berhati-hati tak mahu sakit lagi, sakitkan kau dan juga aku  di tempat yang sama, aku dah toreh lu…

Tak ada hati untuk menulis. Tapi mahu sangat beritahu pada kau yang aku bahagia untuk kau. Jujurnya aku bahagia. Tapi kadangkala aku nak tahu bila aku akan terima gembira yang begitu. Gembira yang aku rupa-rupanya ada istimewan…

Mari sini aku beritahu kau. Aku benci kau yang berpura-pura sayangkan aku kerana aku. Aku benci kau yang berpura-pura bodoh tak nampakkan kekurangan aku. Aku benci kau yang peluk aku kerana konon nak beritahu kau terima aku. …

Bila hati kau sendiri sebenarnya tak mengerti apa yang kau rasa. Bila mata kau menangis kerana tiada apa. Bila jari kau menguis titis lembut yang menenggelamkan kau dalam kerapuhan. Kau terasa lemah. Tapi kau sendiri t…

Bekas kaca yang kau terbangkan hampir separuh dunia beserta hatimu yang tulus ikhlas mencinta. Romantis. Malangnya tragis buat aku yang tiada bekalan hati manusia untuk aku balas kepadamu setimpalnya. Nah senyuman plastik d…

So, any minute now. I just can't. Hold. On. Any. Longer. I want home. When I had my foot set on the airplane, I just wanted to cry so badly because I missed my dad. A lot. And I still do miss him now. I want Abah. I w…

Nampaknya dengan hari bersisa ni memang taklah nak terserempak dengan dia. Tahun lepas terserempak waktu dia nak ke masjid solat Jumaat. Tahun ni, cuma dengar khabar begitu saja. Mungkin memang sepatutnya begitu, mungkin ak…

Ikut rasa. Kau perlukan perhatian. Aku pun sama. Tapi aku dah penat nak menuntut itu semua. Nah, aku bukan manusia yang asyik kemarukkan menang. Aku cuma nakkan perbualan sihat. Itu saja. Dang Liyana, dang. Tolak semua …

Kalau ditolak, wajarkah aku ambil langkah ke belakang? Bukan untuk putus asa terhadap engkau. Tidak. Tapi untuk beri ruang.  Kita bukannya anak-anak kecil lagi. Kita mampu buat keputusan sendiri. Dan, kalau keputusa…

Maybe you were my angel. And now, you're back to becoming a stranger. Not that I complain. But I miss you. I still do, and as much as I hope you're reading this right now, I know that's just not how the cycle goe…

Have you not seen her eyes when she looks at you? Her dark brown eyes are begging for acceptance, distinctly, because she can't scream it to you with a smile plastered on her face. But you can't see past through her smil…

I haven't been writing any posts for over a month now. Not that there is anyone that'd read it anyways. So yeah, am back home. And home, despite being a happy, comfortable place, the exact home had also provoked my though…