Meletakkan kau pada tonggak emosi yang berbolak-balik,
Sedangkan dirimu juga goyah mencari dahan bergantung teguh tak tercarik.

Setiap jeling mata,
Setiap tawa manja,
Setiap senyum mesra.

Seakan bayu yang boleh jadi ribut bila-bila masa.

Dan aku letakkan setiap punat perasaanku pada tanganmu,
Yang bisa saja merobek segala sesuka hatimu.

Kau manusia, yang bisa merosakkan hati di tanganmu.
Dan aku manusia yang bodoh kerana percaya pada lalang durjana.
 


0 Comments