Kita dah jadi orang biasa-biasa yang cuma berjumpa sekali-sekala, menampal senyuman plastik di wajah, supaya takkan terlihat keruh atma.

Kita dah jadi orang biasa-biasa yang tak bisa jadi diri sendiri kerana dah terlampau banyak yang terjadi dalam senggat masa ruang kosong tak berkongsi.

Kita dah jadi orang biasa-biasa yang tak bisa menyedut bisa yang lainnya kerana perih yang terlampau pedih tak terlihat cinta dalam asas sakit.

Kita.

Kita dah hilang percaya, buruk sangka pada dunia.

Dan kita takkan mungkin mampu menyapa hai pada saudara yang di sebelah lain dunia.


0 Comments