Tiga tahun bersemayam rasa dan nafsu lebih dari akal yang sihat sempurna. Kononnya cinta tapi satu hal apa pun tak terbuka mata. Entah berapa purnama cuma derita yang mengongsi rasa.

Meneruskan kehidupan tak sama macam bergerak jauh dari bayangan. Apatah lagi meninggalkan. Tiga tahun -  tapi yang mampu terbuat cuma menganggap macam hal ini tak beri apa-apa makna pada hati seorang perempuan.

Hati aku.

Entah berapa banyak kali aku dah bisikkan, sudahlah, letakkan yang gelap-gelap di masa lepas. Tapi tetap aku seret bayangan itu bersama, macam bayang-bayang sendiri. Berat, gelap, tapi tetap terefek segala jenis aktiviti.

Ah, hati.

Dah berapa kali aku pujuk diri. Yang cinta pertama itu Ilahi. Tak terlingkup oleh ruang dan masa. Kan dah pernah berjanji di alam roh dulu? Mengesakan Dia sahaja. Dia yang aku puja, Dia yang aku cinta.

Tapi kenapa sakit ini perit sekali? Kalau benar cinta yang pertama itu cintanya Dia, pastilah yang sakit cuma apabila ada apa-apa yang melibatkan Dia.

Entah manusia tolol mana yang kata, cinta pertama takkan pernah tertinggal dalam mana-mana ruang dan ketika kehidupan. Bodohnya, bodohnya kerana biarkan rasa itu jadi tanda ukur, satu kehidupan kita.

Melainkan bila kita percaya cinta pertama kita cuma Dia.

Kalau suatu hari nikah jadi antara pilihan hidup aku, aku harapkan aku dah temukan cinta pertama aku di alam roh dulu.

0 Comments