Salahkah kalau yang jadi mahuku bercanggah dengan mahumu?
Semuanya berbalik pada satu titik pertanyaan.

Yang mana satu jadi keutamaan?

Dan aku duduk bersimpuh, menjeling ke arah matamu yang berkaca-kaca,
Tersenyum paling manis dalam hati yang digarit pedih,
Tapi bagaimana sayangpun aku kepadamu, sayang,
Aku ada harga dan cita-cita.

Dan tak mungkin aku lepaskan itu semua atas masa depan aku dan kamu yang tak pasti hujungnya.

Kau persoalkan kenapa kau aku tinggalkan?

Aku tak pernah meninggalkan,
Sampai saat kau benar-benar mahu ditinggalkan,
Dan saat itu datang bila kau meninggalkan.

Calar-balar kau, tak sama dengan nanah berdarah aku,
Janganlah senang-senang datang dan hilang, katamu.

Siapa yang hilang sekarang, sayang?


0 Comments