Kalau yang ada pada aku cuma hati aku yang satu ini, dan aku terbogel, telus habis dengan perasaan meleleh-leleh, emosi melimpah -limpah, bersama mata yang bersinar ikhlas, akan tetapkah kau di sisiku? Tanpa topeng, tanpa solekan, tanpa malam yang menyelimuti aku, agar segala nanah, darah, terhijab dari pandanganmu.

Akan tetapkah kau di sisiku?

Sayang, nadi dan darah aku hampir terhenti kerana nanah yang terdedah. Hijabkanlah aku saat aku sudah mati. Tolong.

0 Comments