Malam tiada bintang.
Tak berangin, cuma ada penghawa dingin.
Lampu malap, warna jingga menyimbah panorama.

Warna jingga yang menutup kelam malam.

Dengan mudah kau gerakkan kaki kau.
Kanan, kiri, kiri lagi.
Dengan setiap hayunan kakimu yang lembut membawa dirinya ke satu dimensi baru.
Dirinya yang baru.
Kerana tangan kau pegang kejap-kejap tangannya, meraih tangga.

Tangga untuk bawa kau dan dia terbang ke alam bahagia.

Dan kau tanpa sepicing pandangan, tak terasa berhutang apa-apa, kerana aku tiada.

Aku tak mampu bisikkan pada angin,
Atau khabarkan pada bintang,
Semuanya menolak aku.

Semua daya kuasa alam menolak aku.

Aku yang pandang kau yang halimunan, tapi ada dalam raga terdalam, tetap merayu.

Merayu bisu, jangan pergi.
Tolong, jangan pergi.

0 Comments