Nikah kita nanti kau mahu yang bagaimana?
Skirt labuh kembang atau baju kebaya?
Biru hijau menyerlah atau warna pic ceria?
Tenda biru pekat atau putih bersih tiada cela?
Hantaran aku kepadamu ada tujuh atau lima?
Mahu jemput berapa ramai saudara?
Sahabat mana yang dah aku terlupa kira?

Kemudian kau diam seraya berkata,

" Cacatkah lafaz akad aku nanti untuk berjanji kepada kau yang aku cinta tanpa perlu aku gusarkan itu semua?"

0 Comments