Keretapi pemikiran kau, kalau bertemu dengan keretapi pemikiran aku.

Tabrakan.

Dan banyak nyawa dan akan musnah, sebab pemikiran. Cuma sebab pemikiran.

Entahlah sebenarnya aku keliru antara emosi dan pemikiran. Entahlah sebenarnya aku rasa kau penting atau aku suka kau. Entahlah sebenarnya perasaan aku ini bagaimana, atau pemikiran aku sebenarnya bagaimana.

Aku tak mampu jadi air untuk kau. Aku tak mampu duduk dekat dengan kau dan kata, iya, aku ikutkan saja. Sebab aku bukan awan, hujan, sungai atau laut. Aku tak mampu termeluap, tak mampu ikut bekas yang kau tuangkan.

Sebab sifat aku macam batu. Kau perlu jadi air untuk ubah aku.

Tapi kau sama macam aku. Sama batu. Sama keras. Sama tegas.

Jadi keretapi pemikiran kau takkan mungkin bertemu dengan keretapi pemikiran aku. Kerana bila bertemu, kita tak tahu siapa yang akan berhenti.

Berhenti.


0 Comments