Kau tanyakan aku, mahu aku faham, mahu aku ikut satu-satu rasa kau.

Kau mahu aku gerak, jalan ikut jalan kau.

Kau mahu aku berkata-kata, tapi guna nada dan ayat kau.

Sesak aku.

Tarik dan tolak. Macam ombak.

Dah bosan cuma dengarkan dan ikutkan rasa orang lain tapi langsung tak fikir diri sendiri. Dengan dia pun begitu, dah berapa kali aku kata, jangan dan jangan. Degil. Aku yang sakit. Dia bahagia, tak ingat aku langsung. Tak fikirkan aku langsung.

Tapi nasib, sakit tu dah bersulam dengan benci aku terhadap dia.

Aku benci dia sangat. Sangat. Aku dah bosan cuba jadi orang yang baik, punya perasaan neutral terhadap semua orang. Jadi aku akan botolkan semua benci aku ini di sini.

Aku benci dia yang tak pernah lihat aku. Tak pernah langsung cuba lihat aku sebagai manusia. Cuma sebagai batu loncatan.

Aku benci dia yang selamba beritahu rasa dia pada publik untuk cantas rasa aku yang ikhlas.

Aku benci dia yang harapkan aku beritahu apa yang dia mahu. Apa kau ingat mesin fotostat boleh tiru satu-satu perasaan kau lepas tu aku boleh buat manual pulak apa yang aku boleh kata dan tak boleh kata?

Nah ini.

Nah segala jenis benci yang terbotol dalam.

Aku dah tuliskan. Dan aku nak lepaskan ke lautan lepas, biar aku tak rasa apa-apa lagi.

Biar aku jadi baik lagi. Biar aku jadi aku yang sekarang ini. Biar aku lagi yang menangis sebab sakit. Sebab aku tak sanggup lihat kau sakit macam aku.

0 Comments