Ruang kosong yang tertinggal di hatimu bakal terisi.
Dan aku dengan senyum yang tulus,
Kirimkan kado berupa doa seikhlas mungkin.

Lohong kosong bergema dalam diri aku yang belum terisi?
Usahlah kau pura-pura tanya lagi.
Kita cukup dewasa untuk tahu aku ini yang bagaimana.

Kita juga cukup matang untuk berjalan ke depan.

Kan?

Aku sebenarnya curiga.
Entahlah pahit yang terasa-rasa ini kerana apa.

Mungkin sebab aku masih lagi sendiri.
Fakta yang buat aku sendiri jatuh.
Macam aku tiada harganya pada sesiapa.

Bodohnya.

0 Comments