(Buat anak-anak tak sedarah tapi sentiasa bikin senyum melekat di bibir cikgu)

Hari ini, dia tanyakan aku seperkara. Bukan persoalan matematik kalkulus yang boleh bikin pusing kepala. Bukan juga persoalan tentang bagaimana manusia terbentuk dari tanah jadi begini. 

Hari ini, dia tanyakan aku seperkara yang tak mampu aku perkatakan kenapa. Tak mampu aku ciumkan curiganya pergi terus dan berlalu.

Hari ini, dia, dengan mata jeli bundar hazel, dan rambut kerinting kasar, pandang mataku, peluk leherku. Dan dia bertanya,

" Teacher, do you know the Malaysian Bible? Mommy said that if James would be able to finish it, he'll get 50 dolars,"

Terkedu. Dia yang umurnya baru lapan tahun, bertanyakan tentang Malaysian Bible yang aku sendiri tak tahu apa.

" Is it in Arabic, Jaz?" Dia mengangguk. Sedarlah aku Malaysian Bible yang dia maksudkan ialah Al-Quran. Dalam senyap aku beristighfar. Di mana mahu aku mulakan perbincangan ini. Sungguh aku tak tahu bagaimana untuk terangkan padanya.

" It's Quran, Jazmine. Not Bible," 

Dan setakat itu aku katakan sambil mengutuk diriku sendiri. Hmm.

0 Comments