Bagaimana seribu rasa bermain di lidah manusia,
Berdansa dalam seribu alunan muzik dan nada.

Tapi cuma satu yang mahu kau dekatkan dalam dada,
Merasa sambil menangis dengan irama mesra,
Berkasih dalam rindu yang Dia sentiasa ada,
Mendakap Dia yang tak ada di mata tapi selalu ada bersama atma.

Atma yang sifatnya fitrah bersih ikhlas mencinta.

Ketuk pintu atma,
Gilapkan tombol besi berat berkarat.

Masih berselut dengan noda.

Tuhan,
Aku mahu lihat kau di mana-mana.

Malangnya sampai sekarang tersungkur entah di mana.
Buta tak ternampak suria.
Apa lagi syurga di dunia.

Tuhan, aku cuma ingin bertemu.
Rindu.

Rindu menangis dalam senja yang berlabuh.


0 Comments