Tak ada hati untuk menulis. Tapi mahu sangat beritahu pada kau yang aku bahagia untuk kau. Jujurnya aku bahagia.

Tapi kadangkala aku nak tahu bila aku akan terima gembira yang begitu. Gembira yang aku rupa-rupanya ada istimewanya juga untuk seseorang. Ada juga yang mahu terima aku penuh-penuh, bulat-bulat dan rasa aku memang cantik, dan istimewa, cukup istimewa untuk dia tanyakan khabar setiap hari.

Dah 3 tahun.

Yang di luar sana mana tahu apa yang aku hadapi.

Tapi dah 3 tahun.

Aku teringin bercinta. Tapi aku perlu tahan perasaan ini. Tekan dalam-dalam. Sebab memang bukan masanya aku bercinta. Bukan ketikanya untuk aku merengek semata-mata kerana tanganku lenguh akibat menulis. Belum waktunya untuk aku rindukan kata-kata manis, yang menujah masuk jauh dalam sanubari kemudian menggetarkan naluri.

Dan mungkin ini waktunya untuk aku ingatkan kembali diri betapa sakitnya hati dan perasaan setelah habis kata-kata manis kau tanamkan. Meskipun kita tak pernah ada apa-apa janji, atau hubungan. Tapi jatuh cinta itu sebenarnya memang akibatnya kesakitan.

Hmm.

0 Comments