Untuk sekali ini, jangan kita bicarakan tentang cinta.

Mari kita berdiskusi tentang pokok kelapa yang berakar serabut, mencengkam tanah keras kuat. Kemudian tumbang kerana angin yang kencang menggoncang.

Kita selam perasaan pokok kelapa yang cuma mahu berdiri teguh dalam usaha memyumbang. Kita bisikkan pada pokok kelapa agar bertahan lagi, " Kamu masih dalam pandang aku. Biar tak lagi berdiri teguh,".

Kemudian kita ambil sabutnya, ambil daunnya, ambil pelepahnya, ambil semua. Sampai tak terlihat pokok kelapa lagi. Sampai tak terasa hadirnya lagi. 

Yang ada cuma dirinya yang terkorban setelah jatuh. Dirinya yang hadir dalam ketiadaannya.

Ya, kita sedang berbicara tentang pokok kelapa.


0 Comments