Bintang tak mungkin terbang, mendarat di ribaanmu, sayangku.

Tapi tak mengapa,
Matamu yang bundar, tunjukkanlah sinarnya pada dunia,
Kerana sayang, kau intan paling berharga,
Tak perlu kejora dari cakerawala,
Cuma engkau dah mampu larikkan pelangi di bibir kusam pada manusia yang bernama aku.

Kabus nipis dari Gunung Tahan itu,
Tahanlah dari biarkan dingin menyelimut kalbumu,
Dan kita tersenyum, kerana dingin itu tak bermakna,
Kita radiasikan haba kita melalui sayang yang bersemayam di jiwa.

Dan sebagaimana bintang yang tak mampu mendarat di ribaanmu.
Begitu juga sayang kita yang mungkin takkan lama,
Kerana bila suatu hari bila aku tiada (atau mungkin kau yang merafak sembah terakhir dari alam dunia),
Kita perlu cari sumber sayang yang kekal selamanya.

0 Comments