Retak di cermin seolah-olah cakerawala dengan kejora yang enggan berhenti mengerdip. Tatkala cahaya menyilau, cinta sama berdiri atas cahaya. Dan dari kesan tumbukan itu, kaulah pusatnya. Pusat pada setiap angkasa, pusat cinta. Dan berpusat dari dirimu aku mencari aku. Pusarannya terus ke hatimu. Dan air mataku seolah-olah air terjun yang hanya akan jatuh apabila graviti kau iyakan. Sakit mana pun berkerdip jua bintang.

Akulah bintang, akulah air terjun, kalau itu yang kau mahukan.

Dalam air terjun yang tak pernah jatuh, dalam bintang yang tak pernah mengerdip, kau temui aku. Kau temui aku yang kau mahu.

Dan aku tanyakan pada diri sendiri, benarkah itu aku?

0 Comments