Simpuh seorang perempuan itu,
Walau sekemas mana,
Ada kekoknya dalam malu.

Simpuh seorang perempuan itu,
Walau sesantun mana,
Ada suara yang melawan.

Setiap dusta pada hatinya,
Akan kekal dusta.
Takkan terus jadi benar yang palsu.

Kerana dalam simpuh seorang perempuan itu,
Bukan cuma ada manis bibir,
Atau redup mata,
Melainkan ada hatinya yang garang dalam mencinta.

Dan dia tahu harga hatinya.

Farah Liyana
11.48 pm
13 Oktober 2015
St Lucia

0 Comments