Telefon tangan bergetar.

Arif Khairi. 

Aku jawab panggilan dengan salam, sebelum salamku dijawab penuh oleh Arif Khairi. 

" Liy, nak temankan I minum coffee sambil borak pasal something?" Arif Khairi terus mengajak. Aku mengerutkan dahi sambil menjeling jam di tanganku. Empat setengah petang. Berkira-kira. Jemputan Asar sudahku penuhi. Maghrib bakal tiba lagi sejam setengah. 

" Okey. Merlo? Ataupun you nak jumpa kat Riverside Cafe? I ada kat Chem Eng ni. You kat mana?" 

Jeda panjang dari sebelah talian sana.

" I jumpa you in 10 minutes. Riverside Cafe. I, cerita kat you sekejap lagi,"

Talian putus. Arif Khairi tiada lagi di hujung talian. Tanpa salam. Tanpa pamit. Entah kenapa dengan Arif Khairi kali ini. Aneh.

Kertas-kertas yang jadi contengan nombor entah apa yang aku letakkan dalam Microsoft Excel sedari tadi aku selitkan dalam buku nota. Pensel aku masukkan ke dalam kotak pensel. Logo sign out aku tekan di desktop. Sejurus itu, skrin komputer terus jadi biru. Sambil menyimpan barang-barangku, mindaku  berkira-kira lagi. Wajarkah aku bertapak semula ke Chem Eng, atau seharusnya aku sambung saja semua kerja yang masih banyak berbaki di rumah?

Serabut sejujurnya. Design Package ini benar-benar mencengkam kudrat, melemahkan semangat yang entahlah berbaki di tahap yang mana.

Aku menarik nafas. Panjang-panjang. Kemudian menghembus kembali nafas. Perlahan-lahan.

' Tak apa, Ili Liyana, kau mampu lakukan ini semua. Satu demi satu,' bisikku pada diri sendiri. Cuba mempositifkan diri. Aku penat asyik menangis dan merisaukan hal yang tak mampu dikawal.

Memang benarlah kata Aishah. Manusia seringkali merisaukan hal yang tak pasti. Sedangkan yang lebih utama ialah bergerak dalam ruang yang ada untuk meneruskan usaha. Manusia takkan mampu kawal semua. 

Jadi kenapa tak serahkan saja bahagian lain pada Yang Maha Esa? Yang memang Dialah yang jadi satu-satunya sumber pada segala yang abadi dan lestari. Yang pada Dialah sumber kekuatan dan hati-hati manusia.

Ili Liyana, cubalah bersangka baik pada TuhanMu.
Ah, menunganku dah panjang, sedangkan janjiku masih terhutang. Aku kerling lagi jam di tangan. 4.35 petang. Beg sandangku aku galas sebelah bahu.

Telefon tangan bergetar lagi. Arif Khairi sekali lagi.

" Liy, I dah ada kat Riverside Cafe. You nak I belikan apa?"

Segera aku bergesa mengatur langkah ke Riverside Cafe. Terasa bersalah apabila setiap kali ada pertemuan dengan Arif Khairi, aku orang yang terkemudian melangsaikan janji. 

" I am on my way there. Sekejap. Emm, latte can?" 

" Okey. Jumpa nanti," suara Arif Khairi mengakhiri perbualan. Aku mempercepatkan langkah. Arif Khairi sudah menanti.

Sampai saja di Riverside Cafe, latte dan mocha dah tersedia untuk kami berdua. Arif Khairi melambai ke arahku. Segera aku bergegad ke arahnya dan menarik kerusi di hadapannya untuk duduk.

" Sorry, you kena tunggu I," kataku kepada Arif Khairi. Arif Khairi tersenyum kecil sambil menggeleng-geleng.

" I yang ajak you minum, last minute pulak tu. You sibuk dengan DP lagi," Arif Khairi mengurut-ngurut lehernya. Wajahnya masih manis dengan senyuman walaupun tampak serabut.

Aku menebarkan pandangan ke sekeliling. Riverside Cafe yang menghadap UQ Lake cuma dikunjungi beberapa orang yang semuanya sedang minum kopi. Tak sesibuk waktu pagi. UQ Lake tampak tenang. Air pancut terpasang di tengah-tengah UQ Lake. Macam biasa. Awan putih macam kapas, dipeluk langit yang biru lazuardi. Cantik.

Pandanganku tertumpu kembali kepada Arif Khairi. Arif Khairi menghirup mochanya perlahan-lahan. Matanya terarah ke arah UQ Lake.

Sepi antara kami.

" So, apa yang you nak cerita sebenarnya?" suaraku perlahan-lahan memecahkan kesunyian.

Arif Khairi menundukkan kepala, matanya seolah-olah tembus ke dasar cawan mocha.

" You bahagia?" soalnya tanpa mengangkat kepala.

Aku terkesima. Entah apa bahagia itu sebenarnya. Bahagia adalah apabila kita merasakan kegembiraan dalam setiap saat. Itu pada aku. Dan sejujurnya, dengan semua yang terjadi pada waktu ini, aku merasakan seolah-olah bahagia itu cuma datang sekejap-sekejap. Yang ada cuma kesedihan yang menggumam setiap kata. Setiap rasa.

" Entahlah," jawabku setelah lama memasang jeda. Arif Khairi memandangku. Kemudian terdengar keluhan dari celah bibirnya.

" You tak perasan," Arif Khairi berbisik, perlahan. Aku mengerutkan dahi, tanda meminta Arif Khairi meneruskan bicara. Arif Khairi mengeluh sekali lagi.

" You tak perasan bila you nampak bunga kat tepi jalan, you akan senyum. Bila you ada coffee dates, you are so lively. You tak perasan bila you dengan budak-budak, when they hug you, you laugh so hard till your face turns red. You tak perasan all those things. When will you ever realize how blessed you are, Liy?" Arif Khairi menyoalku. Terdengar ketulusan dalam suaranya. Aku terkedu.

Arif Khairi memberi perhatian terhadapku walau dalam hal sekecil itu?

" Those are not small things. Those are big things that you've taken for granted. When will you ever realize those feelings, though are not dominant, they're still there, for that moment? " Arif Khairi meraup wajah, tanda kecewa. Dia melarikan jemarinya di antara rambut hitam.

Kenapa Arif Khairi terlampau emosional hari ini?

" Liy, you need to appreciate every feelings. You need to accept happiness that comes knocking every single time. You can't filter the feelings that you want to feel. You need to feel every single feelings,"

Aku tersentak. Adakah Arif Khairi mengusulkan seolah-olah aku tak membenarkan diriku bahagia?

Ah bullshit semuanya ini. Siapa yang tak mahu bahagia?

" I want to be happy, Arif. You ingat I saja je sedih? You ingat I saja nak menangis?" bidasku, geram. Arif Khairi senyap. Terdengar nafasnya ditarik panjang.

" Liy, I know you want to be happy. But to be happy, you need to choose happiness. And to choose happiness, you have to give credits to every kinds of happiness. You have to give credits that you experience happiness and you deserve happiness. Don't focus too much on your sadness that you don't give credits to the happiness that you've encountered everyday, Liy," Arif Khairi menjawab dengan penuh lembut. Wajahnya berkerut, tanda menahan perasaan, mungkin.

Arif Khairi cuba tersenyum kecil. Sumbing.

Ada sesuatu yang terjadi.

Aku tolak tepi segala persoalan tentang diriku. Yang lebih utama ialah Arif Khairi pada saat ini. Arif Khairi jarang-jarang emosional sebegini. Jarang-jarang emosinya pecah berderai mengharapkan ada yang boleh memungut dan mencantum hatinya semula.

Aku cuba menenangkan perasaan. Tolak tepi semua perasaan.

" What happened, really, Arif?"

Perlahan-lahan aku lihat mata Arif Khairi berkaca. Mocha dihirup lagi.

Latteku masih belum bersentuh. Sudah dingin agaknya.

Arif Khairi menundukkan wajah sekali lagi.

" Mira, why can't she realize how she is loved, Liy? Why can't you realize that you are blessed? I love her so much, so much," Arif Khairi mengakhiri pernyataan itu dengan air mata. Tanda cinta.






0 Comments