Seringkali manusia mempersoalkan bahasa cinta kunang-kunang yang bercahaya.

Untuk apa dipersoalkan siapa memikat siapa?
Kalau pada akhirnya hati bersatu jua,
Mengukir kata pada bibir,
Yang seterusnya memahat perasaan kasih.

Kau (atau aku) mengoles gincu cinta,
Yang pada mulanya berdikit,
Kemudian makin terang,
Dan gincu terlekat dalam,
Terakam di kulit bibir,
Tak mahu lagi hilang.

Itulah yang aku harapkan.
Ia mendesup, masuk terus ke hati,
Tak mahu hilang-hilang lagi.

Nyata pengharapan kita tidak serupa,
Kau cium bibirnya, dan melafaz janji cinta
Memperbaharui olesan cinta pertama.

Tapi untuk apa kita persoalkan siapa memikat siapa?
Kerana pada akhirnya akan ada satu yang terkorban,
Laksana kunang-kunang jantan.

Farah Liyana
10.38 am
14 Oktober 2015
St Lucia

0 Comments