Beberapa ketika ini, aku tak habis-habis mencicip di Twitter.

" I wanna get married,"

Tekanan kertas bercetak yang menentukan jatuh bangun aku dalam arena akademik terlampau menunjal hati aku. Tak tenang jadinya. Ya, aku memang begitu. Cepat benar terkesan dengan hal-hal sebegini.

Bodohnya aku rasa.

Bagaimana mudah aku meluahkan cinta. Sedangkan hati aku memang langsung tak terbuka untuk bercinta. Memang, kalau ada manusia datang kepada aku tiba-tiba ajak aku kahwin, jawapannya dah terang memang tidak.

Aku cuma mahukan seseorang yang boleh membuat kopi panas atau coklat panas dengan marshmallows saat aku perlukan seseorang untuk bersandar bahu. Cuma itu. Cuma itu sahaja. Dan perkahwinan  jauh lebih bermakna dari secawan kopi panas atau coklat panas, atau sajak dengan kata-kata indah yang bersulam mesej gundah, atau gelak tawa dari lelucon yang menggeletek hati.

Perkahwinan lebih dari itu.

Ini, gadis yang masih anak kecil (dulunya), mahu berbicara tentang nilai perkahwinan.

Selepas habis kertas CHEM2056 esok.

p/s : Dan Iman, I still have that one post for you.

1 Comments