" Liyana, you ni puitis sangat ni,"

Kalau bukan aku yang mampu menghargai aksara, siapa lagi yang bakal menyemai kasih, bercinta dengan kata-kata? Dan cinta itu juga yang buat aku jatuh, jatuh, dan terus jatuh. Sakit bila ada 1000 perasaan manusia bergolak dalam sanubari. Aku perlu ambil tahu perasaan mereka, satu persatu. Aku perlu kasihkan mereka, dan pada semua mereka, perlu aku nyatakan, kau memang istimewa.

Ironis bukan?

Tapi memang setiap batang tubuh yang mahukan perhatian, mahukan rasa signifikan, memang mereka semuanya unik. Takkan ada manusia lain yang mampu mengganti mereka. Itu seperkara yang kita perlu tahu.

Yang terus membawa pada satu persoalan. Kalau begitu, manusia semuanya sama? Semua?

Iya, semua manusia sama, walaupun dengan perasaan dan pengalaman berbeza. Semua mahukan satu rasa yang selamat. Mahukan safe haven tersendiri. Kita mahukan rasa dibelai manja, disayangi, meskipun dengan kata-kata. Maka, bila safe haven masih belum ketemu. kita akan cari lagi. Cari dan cari lagi.

Rasa selamat. Itu yang kita mahu. Rasa selamat dari sakit.

Sakit yang hebat. Hati.

0 Comments