Sembilan dah berlalu. Sepuluh minta izin untuk bertamu.

Dua angka, satu dan sifar, tapi bawa satu makna.

Imtihan bakal tiba. Dalam sepurnama rasanya.

Dan persediaan? Jujur, walau secara mental pun tak termampu, apa lagi secara fizikal. Terasa jatuh.
Terasa sakit.
Terasa lumpuh.

Dan waktu-waktu ini lah aku terasa mahu duduk tak buat apa, diam sahaja. Dengan buku di tangan.

Dan pada saat-saat sebegini pula, ada ramai yang menuntut perhatian. Rasa seperti nak potong badan, sebelah ke sini dan sebelah di sana. Dah puas?

Marah?
Mungkin juga.

Kenapa?
Sebab sebagaimana orang lain yang mahukan perhatian, aku mahukan masa untuk diri sendiri. Masa untuk buku-buku aku.

Dan masa aku hanya ada 24 jam sahaja. Aku nakkan sehari untuk aku dan aku sahaja.



0 Comments