Mungkin benar kata kau buat sekali ini.

Kau yang menantikan seseorang yang mahukan dirimu kerana engkau adalah engkau. Bukan kerana cantikmu, bukan semata-mata kerana hatimu, bukan jua kerana keturunanmu. Tapi kerana engkau adalah engkau.

Ah susah untuk aku jelaskan.

Aku yang dulu merasakan bahawa pandanganmu terlalu idealistik terkesima buat sekali ini.

Kerana buat sekali ini, hanya sekali ini, aku mahu seseorang yang tulus sayang pada aku kerana aku adalah aku.

0 Comments