Teratai merah jambu, terapung
Di antara dua dunia. 

Terseksa kau di antara,
Menghirup lumpur dengan akar 
Yang mencengkam kadang tidak.

Dan dalam kekakuanmu,
Sunyi. 

Menanti kalau pepatung mahu saja mematukmu,
Mencuri sedikit madu dan 
Kau cukup puas hati dengan itu.

Kekakuanmu penuh misteri,
Mahu memberi.
Tapi apa sebenarnya yang ada?

Antara dua dunia,
Kelopak menjunjung langit,
Serabut menjepit selut.

Teratai merah jambu yang manis,
Sekali lagi aku tanyakan mengharap jawapan magis.

Apa sebenarnya yang ada?
Kekakuanmu petanda apa, teratai manis?

Farah Zaini
7.32 pagi
BSL

0 Comments