Hitam. Putih.

Kau tahu cuma dua warna itu dan kau mahu aku pilih.
Sedangkan aku mahu lebih tahu apa yang ada di tengah-tengah,
Mungkin ada jingga, biru, dan merah,
Sedang di tengah langit kelabu pun ada warna putih,
Dominan dari segala warna yang memagari.

Pernah kau fikir?
Mungkin kau cuma nampak hitam dan putih,
Sudahnya kalau pandangmu hanya tertumpu di situ,
Kau langsung tak nampak kelabu,
Kelabu yang di sisi, selalu ada, tapi kau yang enggan menyedari.

Ya, merah jingga yang kau tak mahu aku lihat,
Tapi dunia aku bukan sekadar hitam dan putih,
Ada di tengah-tengah aku mengharap hijau atau biru yang lahir dari kelabu,
Kelabu yang kau sendiri tak mahu iktiraf,
Itu anak hitam dan putih.

0 Comments