Ramadan kali ini aku rasakan, aku percaya penuh dengan keajaiban-keajaiban. Dari gelap, kepada cahaya. Dari tak mengerti, kepada satu perjalanan yang memudahkan, pencarian hati. 

Ramadan kali ini aku rasakan, aku percaya, penuh dengan pencarian, dan pertemuan. Aku mengharapkan aku bertemu dengan Tuhanku. Dan walau dalam setiap sujud aku dalam hari-hari sebelum dan selepas Ramadan aku bertemu dengan Tuhan, aku inginkan pertemuan yang kali ini, aku suci. Aku bercinta, dengan cinta yang sebenarnya. Kasihku juga bercambah, laksana benih yang asalnya sekecil sepersepuluh jari telunjuk, mekar mewangi bunganya. Terus mewangi batinku, bertemu Tuhanku.

Tuhanku yang sentiasa baik. Terlampau baik, memujukku dalam sujud.

Ramadan kali ini, aku percaya, aku beriman dengan keajaiban dari Tuhanku di dalamnya. Aku simpan keajaiban-keajaiban dan harapan moga aku bertemu dengan keajaiban.

Tuhan, aku rindu.

0 Comments