Lelaki,
Dengan mudah kau mematahkan ranting harapan.
Katamu, kita tak pernah sama menjaga
ranting-ranting agar ia berpucuk, tumbuh mekar
menjadi bunga tiga bulan yang akhirnya layu.

Persoalannya pernahkah ia mekar dalam tanganku?
Atau semuanya hanya
halusinasi manis yang palsu?

Siti Zubaidah dalam tangisnya
mengusap dahiku dan pelipis mataku
yang basah dengan keringat dan mutiara.

Katanya bunga akan kembang lagi,
Asal aku mahu saja berdikari,
Mandiri untuk jaga sendiri.

Yang layu itu bunga, bukan akarnya.

Farah Zaini
Bandar Kinrara
10.48 pm

0 Comments