Kau umpama kata yang tidak aku ketahui,
Tapi aku rasai.

Umpama kata asing yang terasa dekat di hati,
Tapi tak pernah membenih di bibir,
Kerana kau adalah rasa.

Rasa apa yang membalut hari,
Menggoncang hati?
Kadangkala terasa taufan menggugah diri,
Pendirian dah tak ada, tak tercari.

Kau, umpama kata yang tak pernah wujud dalam kosa kata.

Melayu nusantara dah bersimpuh sopan entah dari kurun keberapa,
Tapi kenapa kau tak terinterpretasi?
Dan tak mampu aku coretkan satu puisi khusus untukmu,
Melakarkan rasa yang entah apa.

Kamus bahasa mana harus aku selak?
Kosa kata mana harus aku kelek sepenuh hati?
Biar kau terluah dari celah bibir, termuntah dari kotak suara,
Biar kau tiada lagi, menghuni setiap pondok rahsia,
Dengan bunga merah kau selitkan dalam hati aku,
Yang segar bugar, racun tak pernah hilang.

Aku cuma perlu satu kata.
Rasa kata yang mana?

Farah Zaini
9 November 2015
2.01 pm
Music and Architecture Library, UQ
Brisbane

0 Comments