I'm scarred, I hope not for life.

Bagaimana harus aku nyatakan hal ini? Hmm.

Analoginya, begini.
Span, bila kau tekan, pasti akan berubah bentuk. Kemudian perlahan-lahan, span itu akan kembali ke bentuk asal.

Hati aku, macam span itu lah. Kau tekan kuat-kuat, pasti berubah bentuknya. Dan perlahan-lahan, hati aku akan cari jalan untuk kembali kepada diri. Jangan hilang pegangan cuma sebab ada orang tekan hati aku yang lembut ini kuat-kuat.

Walaupun sebenarnya sakit untuk kembali ke diri yang asal.

Selalu aku pinta pada Tuhan, ya Allah, berikanlah aku hati besi. Bukan hati span ini. Besi bila ditekan-tekan, takkan mungkin berubah bentuk. Melainkan ada yang cairkan besi dengan haba yang panas amat. Cuma itu yang boleh mengubah hati besi. Cuma itu.

Sebab sakit sebenarnya ada hati span ni. Berapa kali perlu aku bersabar dalam usaha untuk kembali pada diri?

Tapi, beberapa kali ini, aku perasan sesuatu. Hati span aku ini, berdetak kencang. Penuh benci. Mungkin kerana dah terlampau lama asyik sakit. Sakit bila asyik ada yang menekan hati span aku ini.

Sampai ke satu saat, span itu tak mahu kembali ke bentuk asal. Sebab dah sampai masa span itu dah penat. Tak boleh lagi bersifat elastik. Berilah tekanan yang bagaimana pun, span itu akan kekal leper. Tak mahu lagi letakkan usaha untuk kembali pada diri.

Dah sampai saat itu, yang diri dah memang jadi orang yang baru.

Dan malang bagi aku, saat itu bagi aku penuh benci.

Aku penat asyik cari salah diri sendiri melalui mata orang lain. Aku lelah cuba menilai pandangan orang terhadap aku, untuk mencari silap diri.

Tapi kadangkala pandangan aku dalam menilai pandangan orang yang salah. Bodohnya kau diriiii!

Kenapa kau tekan hati aku pada mulanya? Sebab sakit untuk kembali pada diri itu hebat yang amat, maka aku tekan lagi hati. Biar kekal statik. Tak perlu bergerak lagi.

Sekarang hati aku leper. Leper macam span yang tunggu masa untuk dibuang.

Atau aku masih belum lepaskan tekanan pada hati sendiri?


0 Comments