Sepuluh.

Sama dengan bilangan jemari aku yang sempurna.

Aku cuba untuk beritahu, betapa hidup aku seumpama kembar neraka.
Dan kemudian aku menangis.

" You can wrap your finger around my thumb and hold me tight,"

Aku di sini. Mencaci hidup sendiri. Bodoh.

Aku sayang. Aku sayang mereka. Nafas-nafas yang tak kesampaian untuk dirasa udara oksigen bumi.
Aku sayang mereka.

Bagaimana harus aku korbankan diri aku untuk beritahu mereka, aku sayang mereka? Aku sayang mereka.
Aku sayang ibu mereka. Aku sayang mereka. Aku mahu cium dahi ibu mereka, katakan tak mengapa tersalah langkah sekali.

Jangan terus menjunam lagi.

Jasad dalam rahim yang suci, salah aku kerana tak cukup memberi. Salah aku.

Aku sayang kamu. Sungguh.

Sungguh, aku sayang kamu. Tapi nafas kau pun takkan mampu menampar pipi.

Entah jemarimu tak sepuluh seperti aku.

Aku. Aku benar-benar sayang kamu.

0 Comments