4 tahun dan aku fikir aku cukup kenal siapa kau. Tapi kau sembunyikan satu fakta. Satu fakta yang menyentap hati kau sendiri, dan hati aku yang terkemudian.

Aku sayang kau.

Allah. Allah. Allah.

Dari Engkau kami datang, dan kepada Engkau kami akan kembali.

Satu kepergian. Kau rahsiakan. Kau tanggung beban perasaan. Kau rasakan kesalahan pada bahumu. Sayu walaupun dah tidak bermaharajalela, tapi kau tahu akarnya ada di situ, melingkari hati kau sendiri. Dan akhirnya melingkari hati aku, sebab aku pun dah turut sayu.

Sampai aku teringat, hidup kita memang untuk mati sebenarnya.

Aku terasa betapa indahnya bila dalam syurga nanti aku mampu peluk kau, cium kau di pipi, dan aku mampu mencium wangi rambut kau, yang baunya aku pasti lebih indah dari kasturi.

Aku sayang kau. Sungguh aku sayang.

Yang penting sekarang, aku wajib perbaiki diri, biar aku mampu capai syurga Allah yang tinggi, sebab aku mahu ketemu kau, biarkan kau bermain rambut aku, dan peluk aku.

Allah, indahnya.

Pertemukanlah kamu dalam syurgaMu ya Allah. :')

0 Comments