Allah tahu.

Allah tahu. 

20:112 

" Dan barangsiapa mengerjakan kebajikan sedang dia dalam keadaan beriman, maka dia tidak khuatir akan perlakuan zalim terhadapnya dan tidak pula khuatir akan pengurangan haknya,"

Aku pernah ada tafsiran berbeza tentang ayat ni. Biar aku ceritakan tafsiran aku yang mula-mula.

At that time, I was so down, I had a fight with my friends, and my friends were doing all the *silent* treatment punishment to me, without me knowing the whys. Jadi, Allah pujuk aku dengan ayat ni.

Seolah-olah berkata dengan aku,

" Tak apa, buat sajalah baik kepada mereka. Walau mereka tak berbicara, ini Aku, Tuhanmu, dah berjanji, akan ada hak kau yang akan Aku lunasi,"

Jadi, berbekalkan ayat yang satu itu, aku teruskan melakukan yang paling baik. At least, pada aku. Aku pohon kemaafan. Tapi aku masih kesedihan. Penat melayan kehendak orang. Jujur, aku selalu terfikir, masih belum cukup baikkah aku ini? Jahat sangatkah aku ini? Aku perlu masa bersendiri. Macam Rasulullah perlukan masa bersendiri di Gua Hira', aku juga begitu.

Aku cari teman yang lain, yang memberi ketenangan. Yang mengingatkan aku kepada Tuhan. Bahawa apa yang aku lakukan, mesti cuma untuk Tuhan. Bukan untuk kesenangan diri, mahupun orang lain. Satu perkara yang aku sendiri sedang cuba lakukan.

Tiba-tiba ayat ini beri satu dimensi baru, seolah-olah Allah cuba berkata,

" Aku ini Tuhanmu, kenapa tidak kau melakukan kebaikan kerana aku yang mengarahkan? Kenapa kau berubah kerana hendakkan perhatian manusia, yang Aku juga ciptakan?"

Allah. 

Aku perlu bangkit dan isi hati dengan Allah. Isi keliling dengan atmosfera bahawa aku ini bertuhan, dan Tuhanku Allah, tiada yang lain lagi melainkan Allah.

Ini, aku, bertatih untuk menghadapMu, ya Allah. Moga bertemu di syurga Firdaus.

0 Comments