Okay, sesetengah orang yakin (yang amat) bagaimana Pakatan Rakyat mampu melahirkan langkah pertama ke arah Ustaziatul Alam ataupun World Order.

Pernah terfikir seperkara?

Mana tahu sebenarnya Ustaziatul Alam tu sebenarnya gabungan dari kedua-dua parti ini. Sebab faktanya ada satu :

Bukan semua calon BN jahat, bukan semua calon PR baik, dan vice versa.

Tapi tolonglah, tolong, jangan obses dengan parti anda.

Aku yang jadi muak.

Aku bukan orang BN atau PR, tapi aku rasa muak dah tengok sampah-sampah ni. Kalau tak ambil tahu, aku yang teruk, tapi kalau aku ambil tahu, aku yang jadi bakul sampah, menyerap semua sampah ni.

Kalau kau menilai kredibiliti seseorang berdasarkan parti mereka, aku rasa, biar aku menilai kau pula berdasarkan err... universiti kau, mungkin. Padahal universiti kau tu penuh orang, yang kau mungkin tak kenal.

Janganlah terlampau cepat menilai orang. Haih.

5 Comments

  1. aku setuju sgt. eventhough aku pro pr tp honestly aku penat dgn semua ni. tp hakikatnya kita terpaksa pilih satu antara mereka. mcm mana.....? T_T

    ReplyDelete
  2. Mungkin buat masa sekarang, kau tak payah pilih antara PR atau BN. Kau tengok je calon wakil rakyat yang lead tempat kau. Kalau dia baik, (walaupun dia BN) kenapa kau tak elect je dia dari calon PR yang mungkin tak cukup kredibiliti as a leader? Haron Din pun boleh lompat parti. Kau ada jaminan calon PR/BN yang kau pilih berdasarkan parti tu tak akan lompat parti? Aku rasa nak kukuhkan negara kena kukuhkan diri dulu, and kukuhkan masyarakat setempat. Kau faham ke?

    ReplyDelete
  3. aku paham yana. aku paham dgn konsep ustaziatul alam tu. calon bn tempat aku dulu rais yatim and dah ganti br pon even dr bn aku rasa ok je bg peluang dia teraju tempat aku pulak.tp sistem pilihanraya kita memaksa utk kita pilih pr or bn. i mean kat pemerintahan pusat. bn dah corrupt sgt. aku muak dgn demokrasi yg dicanangkan tp terang2an tak demokrasi pon. media tak bebas, tv surat khabar perdana terang2an tabur fitnah dan slumber je siar benda lucah. kalau keje kerajaan kene sokong kerajaan, mahasiswa disekat suara diugut buang u kalau membangkang. spr kotor. kronisme berleluasa, i help u u help me. etc etc ahhh penatnya...im gonna stop this for a while and muhasabah diri. yelah aku ni terkapai2 lg kalau mati pon entah apalah nasibnya. tp seriusly byk yg aku belajar dr pru13 ni =)

    ReplyDelete
  4. Bukan media je yang tak bebas. Kita pun sama tak bebas. Tak bebas dari maksiat. Memang media yang sebarkan hal tu. Itu media yang boleh disekat. Media yang tak bersekat, internet umpamanya, lagi teruk sebenarnya. And siapa yang ada kat depan komputer tu? Kita jugak. Kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya, terus kita kata SPR tak telus. Kita menilai. Judgmental. Padahal, kita cuma baca dari internet. Yang tak tentu betul tidak. Lepas tu pergi share, pergi share lagi. Hah, samalah kita dengan politicians tu.

    ReplyDelete