Kadang-kadang aku ada terbayang perkara-perkara masa lalu yang aku telah lakukan. Dan kadangkala aku akan terus berkata pada diri sendiri,

" Ah, bodohnya aku berkelakuan sebegitu!"

Nah, itu tandanya aku sedang memperbaiki diri. Aku tahu bukan aku saja yang betul. Kerana itu aku mengharapkan penghakiman sifar dari orang sekeliling.

Kerana aku masih belajar.

Belajar berkomunikasi.
Belajar berkemas.
Belajar mengenal potensi diri.
Dan yang paling penting, belajar bagaimana untuk lepaskan masa lalu, dan bila waktu sesuai untuk melakukan itu.

Aku sedang berusaha. Sebab aku mahu hidup. Aku mahu hidup bahagia.

Dan kebahagiaan bukan ada pada kata-kata manusia atau pandangan dingin seseorang. Kebahagiaan ada apabila kita tahu ketenangan abadi. Sejati. Bila kita mampu memaafkan diri sendiri, tapi menyesal dengan kesilapan diri, kerana kita mahu bergerak ke depan dan memperbaiki diri. Mahu bertemu dengan Ilahi.

Kebahagiaan ada apabila kita tahu keutamaan kita. Kita tahu tujuan hidup kita. Kebahagiaan ada apabila kita bertahajjud, seorang, menghadap Ilahi. Kebahagiaan ada apabila kita tahu, ada orang yang lebih penting untuk kita perhatikan keperluannya. Yang sayang kita. Yang mahukan yang terbaik untuk kita.

Nah, bahagialah diri. Tolonglah tahu keutamaan diri.

Mommy, Abah : Kakak akan cuba mengetengahkan keutamaan diri, bukan lagi melayan emosi.

Kakak nak bahagia, dan beri kebahagiaan kepada orang yang penting dalam hidup kakak.

Kakak sayang Mommy and Abah.

0 Comments