" Beritahu apa salah aku, biar aku perbaiki. Tak perlu kau terus tongsampahkan usaha aku ini,"

Senyap.

" Apa aku tak cukup beri usaha untuk kau hargai sedikit pun waktu yang aku senggangkan untuk tanggungjawab ini?"

Sepi.

" Mari, biar aku perkukuhkan isi yang ini. Biar aku utarakan buah fikir aku. Bagaimana? Bagus atau tidak?"

Diam.

Keliru. Mana silap aku? Apa aku terlampau dungu untuk bersuara? Aku cuba melunaskan tanggungjawab. Tapi, nampaknya, semua tugas aku kau butakan. Semua idea aku kau tulikan. Sampai masa aku bertanya, kenapa?

Senyap.

Aku yang serba-salah. Aku yang keliru. Cuba beritahu salah aku.

Dulu, aku fikir ditujukan salah kita itu satu fasa paling teruk dalam hidup. Nah, cuba kau hidup dengan pertanyaan, " Apa salah aku? Kenapa?"

Aku mahu tahu di mana salah aku. Aku mahu bergerak. Aku tak mampu bergerak dengan hanya pandangan statik atau mulut bisu.

Mungkin apa yang perlu aku lakukan ialah lakukan lebih banyak kesalahan. Supaya pengalaman aku sendiri mampu mengajar aku. Ya, kesalahan itu jugalah yang akan terbayar pada waktu depan nanti.

Ternyata, hidup penuh risiko.

Sedih sebab orang tak peduli usaha kita? Nah, tanya nawaitu. Kau buat itu, tanggungjawab itu kerana apa? Mudah. Allah itu ada. Mungkin satu apapun usaha tak terterbit dalam laporan visual manusia. Tapi, beritahu aku, malaikat kanan kiri kau yang mencatit, melapor gerak-geri kau, rasa-rasa terlepas pandang tak?

p/s : Ini usaha untuk pujuk diri.

0 Comments