Rambut ceri merahku yang segar bukan untukmu yang mahukan daisy putih yang tak berbau.
Mata coklat cairku bukan untuk kau yang mahu tenggelam dalam gelap hitam kelam.
Bibirku yang merah, bukan untuk terketar menanti jawabmu, yang memangnya tak mahukan kita.

Kalaulah ada terma dan syarat tentang kita.

Kita tak pernah ada, katamu.

Kerana kau tak pernah menandatangani mana-mana kontrak emosi, dan aku tak pernah mengusulkan keberadaan kita.

Yang paling menyakitkan ialah kita telah hilang sebelum ada. Kerana kau tak mampu menerima rambut ceri merahku dan mata coklat cairku.

Sengit katamu, tanda kau tak pernah sedia dengan kesengitan dan kedalaman kali perasaan.

Maka kau memilih daisy putih dan mata hitam gelap.

Dan aku kurang fasih untuk berbicara perihal dunia daisy putih dan mata hitam gelap. Maka aku masih dengan rambut ceri merah dan mata coklat cair. Mengharapkan suatu hari nanti ada pria mampu merasakan ceri merah lebih menawan dari daisy putih yang ada pada puteri-puteri perawan.

0 Comments