Dalam nada berbisik, ikhlas tertindih, hati terselit,
Jentikkan loceng perasaan,
Paparkan biar konon terkesan,
Kau yang penuh syahdu menari jejak hati,
Menggamit aku yang dalam keterpaksaan untuk terus meniru,
Meniru tarian hatimu.

Maka aku ikut satu persatu,
Walau bukan dengan hati yang penuh,
Aku cuba masukkan atma dalam tarianmu,
Fahami lenturnya jemarimu,
Anggukkan pada jeling matamu,
Tapi aku bukan aku yang kau mahu.

Tak terfikirkah kau betapa zalimnya kau pada mindaku?
Kau nafikan kewujudan aku yang sudah punya masa lalu,
Punya gerak hati,
Punya tarian sendiri,
Dan tiba-tiba kau paksa aku perlahan. 

Aku belajar dari tarianmu,
Bukan meniru.

Aku punya hati, 
Aku perlu kau untuk tahu itu.


0 Comments