Okay, sesetengah orang yakin (yang amat) bagaimana Pakatan Rakyat mampu melahirkan langkah pertama ke arah Ustaziatul Alam ataupun World Order.

Pernah terfikir seperkara?

Mana tahu sebenarnya Ustaziatul Alam tu sebenarnya gabungan dari kedua-dua parti ini. Sebab faktanya ada satu :

Bukan semua calon BN jahat, bukan semua calon PR baik, dan vice versa.

Tapi tolonglah, tolong, jangan obses dengan parti anda.

Aku yang jadi muak.

Aku bukan orang BN atau PR, tapi aku rasa muak dah tengok sampah-sampah ni. Kalau tak ambil tahu, aku yang teruk, tapi kalau aku ambil tahu, aku yang jadi bakul sampah, menyerap semua sampah ni.

Kalau kau menilai kredibiliti seseorang berdasarkan parti mereka, aku rasa, biar aku menilai kau pula berdasarkan err... universiti kau, mungkin. Padahal universiti kau tu penuh orang, yang kau mungkin tak kenal.

Janganlah terlampau cepat menilai orang. Haih.