Parah
Parahlah bila ada orang yang cuma nakkan kesenangan diri tanpa timbang tara hati orang lain. Aku yang terkesan. Aku yang kasihan.
Ah, siapa aku sebenarnya untuk kasihankan diri sendiri?
Orang kata bodoh bertindak ikut naluri. Tapi aku ada seperkara yang nak aku sampaikan. Aku terasa bodoh bertindak ikut rasional sekarang. Sebab orang pijak kepala aku. Kenapa pada orang lain dia tak sampaikan? Kenapa pada aku dia khabarkan? Jawapan senang : aku takkan melawan atas dasar satu hubungan tu perlukan tolak ansur. Tapi serasa aku, aku yang sedang mengalah, tanpa ada satu inti pati terpenting, tolak ansur. Aku jadi bingung.
Tuhan, aku nak redha tapi aku hamba lemah. Kau sendiri sedia tahu. Aku bukannya kuat sangat untuk melawan, aku juga bukan kuat sangat untuk terus ikut arus. Akan ada satu masa yang aku akan terhenti di situ saja dan bagi aku yang itu, bahaya. Aku mahu bergerak, kadang kala melawan, kadang kala menurut. Itu paling sempurna buat aku. Itu juga yang aku katakan tolak ansur.
Aduh, aku dah pusing. Kau beri aku jalan, Tuhan. :(
Sakitnya hati. :(

0 Comments