Panas. Hati aku ni memang dah lama panas. Dari hari tu lagi memang macam melahar gunung berapi dalam hati ni. Yang anehnya, gunung berapi ni muntahkan air mata. Heh. Memang sifat aku, kalau stress, atau geram, mulalah aku menangis. It's not a good habit, I do know that.

Mungkin most of you pun pernah terasa geram sampai nak menangis. Dalam hal ni, aku tak mahu panjang-panjangkan cerita. Cukup aku katakan, kerjasama yang tidak efisien dari pihak tertentu mengecewakan aku. Biarlah aku namakan pihak tertentu ini A. 

A bukanlah seorang kenalan rapat. Namun, adakalanya, aku perlu juga berurusan dengan A. Senang cerita, urusan aku dengan A seharusnya seperti aku membayar bil kepada seorang pekerja di pejabat pos. Aku berikan kertas bil, aku berikan wang, kemudian, apabila masing-masing dah bertukar senyuman, dia berikan resit, dan aku pun pulang. 

Namun, dalam hal aku dan A, analoginya seolah-olah pekerja di pejabat pos itu ambil kertas bil aku, tetapi, wang aku dikembalikan lagi. Aneh kan? Entahlah, mungkin analogi ini tidak begitu tepat. Aku merapu agaknya. Please do ignore my ramblings kalau kau rasa aku macam orang bipolar.

Dulu, A pernah menyinggung perasaan aku. Kata-katanya, aduh, terus menusuk jarum yang maha tajam ke dalam jiwa. Sampai sekarang pun aku masih terasa bisanya. Hal ini merupakan satu lagi keanehan kan? Bagaimana seseorang yang bukannya kenalan rapat kepada aku, mampu melukakan aku sebegini parah? (Heh, exaggeration is one of my quality, please do know that) Tapi kata-katanya menusuk, sungguh. Aku yang pada waktu itu, macam burung yang patah sayap, terluka menanah, dia siramkan lagi asid ke atas luka aku. Memang tak sembuhlah luka tu. Hah, kali ni, analogi aku tepat! Kalaupun yang siramkan asid tu seseorang yang tidak aku kenali, pastilah luka itu makin parah kan? 

Jadi, kata-kata yang telah A lemparkan kepada aku, telah mendarahdaging dalam jiwa aku. Jiwa aku yang lemah, selalu aku tiupkan dengan kata-kata A. Bagi aku, kata-kata A itu telah melonjak-lonjakkan maruah aku. Merendah-rendahkan kredibiliti aku. Menghina ego aku. Setahun dah berlalu. Kata-kata itu juga yang telah membawa aku ke diri aku yang ini. Yang lebih baik ini. 

Jadi hari ni, seharusnya aku bertemu dengan A selepas setahun menyepi diri. Kali ni, A (yang aku umpamakan seperti pekerja pejabat pos yang bermasalah) tiada di tempatnya. Jadi, kertas bil dan wang aku langsung tak diterima. Aku bukan saja bawa kertas bil dan wang, aku bawa juga diri aku yang baru ni. Kononnya nak menunjuk. Aku bukan aku yang lama. Heh, show-off kan? Sayang, A tiada. Sekali lagi, A mengecewakan aku. 

Maka, aku meroyan sekali lagi. Mengata yang teruk-teruk tentang A. A tak bertanggungjawab, suka menangguhkan kerja, kerja A tak efisien, bayaran bil online aku pun tak diterima oleh A, perkhidmatan A cuma setakat di pejabat pos, tak mungkin terlangkau jejaknya di tempat lain. People could see how I made a total fool out of myself by telling others how foolish A was. At least, bagi aku, pada waktu tu, aku cuma mahu melampiaskan rasa tak puas hati dan marah. Aku lupa, tunjukkan marah tu sama saja macam tunjukkan kebodohan diri sendiri. 

Kemudian, entah dari mana aku dapat ketenangan dalam keramaian LRT pada saat itu. Aku berfikir-fikir. Seburuk mana pun A tu, kata-katanya jugalah yang membawa aku ke takuk ini. Takuk yang lebih tinggi. Mana mungkin asid mampu menyembuhkan luka di sayapku ini. Sayapku cuma ada tinggal parut. Besar juga parutnya, tapi sayapku masih berfungsi sepenuhnya. Mungkin, at the first place, A bukan mahu menyiramkan asid, tapi iodin. Ya, iodin yang menyembuhkan. Mungkin.

Fikiranku menerawang ke daerah yang lebih asing. Masuk ke dalam diri sendiri.

Aku ingat-ingat kembali. Apa kata-katanya yang maha sakit itu? Entah, aku lupa. Habis kenapa perlu aku ungkit-ungkit lagi perlakuannya yang mungkin pascasedar pada ketika itu? Kerana rasa bisanya masih ada. Bak kata pepatah, you can forget what people said to you, but you can never forget how they made you feel. Habis, kerana rasa bisa yang mungkin cuma hasutan syaitan, aku perlu mengata-ngata? Terus rohani aku diam. Heh, tahu takut. 

Kemudian aku masuk lagi dalam diri.

Aku dah maafkan A?

Sepi. Memang jawapan bukan milik aku. Ah, apa lagi yang aku merapu? Diri aku, siapa lagi yang tahu selain Allah? Pastilah diri sendiri. Jelas, aku masih belum punya kekuatan untuk memaafkan. 

Tanya lagi : Dah maafkan diri sendiri? Kau mengata bagai nak rak tentang A. Rasa putih bersih dah hati kau? *sinis*

Memang terkesima. Aku fikir melampiaskan rasa itu tak salah. Geram aku pada A bertingkat-tingkat tahapnya. Dah meletus pun.

Ahh, bodohnya aku!

Baik saja aku diam. Diam itu lebih baik. 

Sebelum aku berpindah rumah, aku rasa wajar aku titipkan kata maaf buat A. Aku rasa dosa aku pada dia lebih bertingkat tahapnya. Hmm.